Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Regim Al Khalifah cuba menghalang majlis ulangtahun kewafatan Fatimah Az-Zahra yang diadakan di Bahrain kelmarin. Namun segala usaha regim tersebut gagal apabila penduduk tempatan bertindak balas dengan demonstrasi besar-besaran.
Seorang aktivis politik Bahrain berkata, "Keluarga Al Khalifah berusaha menghalang orang ramai mengadakan sebarang sambutan agama."
Jawad Abdul Wahab berkata demikian dan menambah, "Kehadiran penduduk Al-Muhraq di dalam majlis kedukaan ini bagai mengirim pesanan kepada regim bahawa rakyat Bahrain telah melangsungkan majlis agama sejak beratus tahun yang silam, iaitu sebelum Al Khalifah mencapai kekuasaan. Tidak mungkin Al Khalifah dapat menghalang majlis begini."
Sementara itu pihak pembangkang Bahrain yang tinggal di luar negara memberi amaran tentang kesihatan jasmani salah seorang aktivis revolusinya, Abdul Hadi Al-Khawaja. Beliau telah dipenjarakan oleh polis regim dan keadaan kesihatannya amat membimbangkan.